Wednesday, September 24, 2014

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog ini, sampai sudah terlupa password.
Selepas ini saya berazam nak menulis sedikit-sedikit. Mungkin tip-tip mudah untuk bacaan santai.
Harap menjadi la, he he

Monday, October 5, 2009

BENGKEL BISKUT RAYA 09

Siapa yang tak tahu, inilah periuk kukus yang diperbuat daripada rotan/buluh. Elok guna periuk kukus ni sebab air wap tak jatuh dalam masakan kita. Kalau kukus kek atau kuih talam, hasilnya nampak cantik.

BENGKEL BISKUT RAYA 09


Friday, October 2, 2009

BENGKEL BISKUT RAYA 09




Inilah gaya peserta bengkel ANIS - biskut raya 2009.

Tekun mendengar taklimat daripada Chef Faizal Ng



Friday, August 14, 2009

Perginya Tak Kembali


Tanggal 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430H lebih kurang jam 11 pagi, saya dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Rabbani. Bagaikan tidak percaya sehinggalah saya menefon semula salah seorang anggota Rabbani untuk mengesahkannya. Kali terakhir saya bertemu Ustaz Asri pada hari selasa 11 Ogos yang lalu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, beliau tidak seramah selalu. Saya pun tak sempat untuk berbual dengannya.

Ketika sampai di hotel, saya hanya sempat melambaikan tangan kepadanya kerana berkejar untuk solat zohor sebelum turut serta di dalam majlis beliau. Sebelum pulang pun saya tidak bertegur sapa dengan ustaz. Dalam hati saya berkata, tak apa lah, lain kali jer sembang dengan ustaz, sebab saya tengok ustaz baru nak mula makan. Tapi, rupa-rupanya itulah kali terakhir saya berjumpa ustaz sebelum ajal datang menjemput.

Ketika saya sampai di Hospital Pantai, saya dan rakan-rakan terus berkejar ke wad kecemasan. Bagaikan tidak percaya saya melihat jenazah ustaz di sana. Wajah ustaz tenang. Saya sempat membaca surah Yaasin untuk ustaz di wad tersebut. Alhamdulillah, saya sekali lagi sempat menatap wajahnya yang terakhir di rumah ibunya di Kg. Bukit Lanchong. Wajahnya seperti sedang tidur dalam keadaan tenang.

Perginya Ustaz Asri tiada pengganti. Beliau seorang yang tidak berkira. Kumpulan Rabbani merupakan duta Rakan Asuh-Majalah Asuh. Setiap kali saya menjemput kumpulan Rabbani untuk terlibat di dalam program saya, beliau tidak pernah menolak jika tidak ada program lain.

Kerjasama yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan tidak akan dilupakan. Kali terakhir saya mengadakan kerjasama dengan beliau adalah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada bulan April yang lalu. Beliau begitu gembira melancarkan semula Kelab Rakan Asuh-Rabbani. Saya tidak sempat ke konsert Antara Dunia pada 1 Ogos yang lalu kerana ada program di Alor Setar, Kedah.


Semoga roh Ustaz Asri Ibrahim dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah

Wednesday, July 1, 2009

FRIENDSHIP

A true friend is hard to find
is always on mind
is one of a kind
a friend is the warmth of the sun
a shoulder to lean
when u are alone
a friend is a blessing
a friend is a gift
a friend is a treasure
which our heart
cherishes to keep

Friday, May 22, 2009

Pertama Kali

Inilah pertama kali saya bertemu muka dengan Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad. Tanpa apa-apa perancangan, dengan izin-Nya saya dapat bertemu dengan beliau pada 9 Mei 2009 yang lalu walaupun ketika temuramah ini berlansung jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Saya sungguh kagum dengan beliau kerana mampu membina nama HPA tanpa menggunakan pinjaman daripada mana-mana bank. Semoga usaha beliau memertabatkan produk-produk halal ke pasaran antarabangsa akan diberi ganjaran oleh-Nya.